Sanjungan yang diterima Undescores dalam underground scene dalam dekad ini sangat memberangsangkan. Namun bagi saya, projek lepas beliau tidak begitu impress saya, dan nampaknya album ini mendapat maklum balas yang sama. Production yang dipersembahkan tak dinafikan mantap dan kemas, tapi saya tak dapat vibe dan elemen yang menarik dari beats dan rythm yang ditunjukkan. Melodi dan bunyi kebanyakannya complex dan chaotic dan pada masa sama terasa kosong dan tumpul.
Genesis Owusu kembali dengan persembahan yang mendapat perhatian orang ramai dengan konsistensi pengeluaran album-album beliau yang sangat berkualiti dan mantap. Album ini ada segalanya, punchy vibe, pendekatan emotional dan consciousness, dilapiskan dengan suara yang diverse dan catchy, juga production yang kemas dan clean.
Kecewa dengan album ni. Saya ada harapan yang tinggi dengan album ini untuk separuh pertama album ini. Namun ia perlahan-lahan merosot dari sudut kreativiti dan tempo. Bunyi yang vibey dan intimate pada permulaan album ini dikelamkan dengan progression dari lagu ke lagu yang pada akhirnya berbunyi bland dan tidak menarik. Mungkin beliau perlu fokuskan pada sudut kualiti berbanding kuantiti.
Such a beautiful album. Cara beliau persembahkan album ini penuh dengan epicness, grand dan majestic. Instrumental album ini sangat memukau dan indah. Tetapi tak boleh dihiraukan vokal beliau dari sudut melodi dan tone, terasa ia seakan menahan album ini untuk menjadi menarik dan replayable, dan dari itu terhasil speed bump dalam album ini pada penghujungnya. Walaubagaimanapun, saya tetap ada apresiasi terhadap sonical sound yang digubah oleh beliau di sepanjang album ini
full-blown chaos dari awal sampai habis. Tak ada pit stop, tak ada handbrake. Grittiness dalam production dan vokal solo mereka yang sangat addictive menjadikan ia antara album paling hard-hitting yang saya pernah dengar tahun ini. Walaupun pada mulanya sangkaan saya terhadap album ini amat tinggi, ada juga sebenarnya beberapa cons, seperti style vokal dan dan beats yang agak repetitive, tapi mereka mampu menampung kecacatan tersebut dengan memberi elemen yang menarik dan memukau pada setiap ... read more
Kalau kamu kenal Vanoss Gaming, kita geng. Seorang lagi youtuber yang menceburi bidang musik, yang asalnya memulakan career musiknya melalui genre EDM dibawah nama RYNX, kemudian meneruskan journey musik kepada rock dan punk dibawah nama beliau sendiri. Saya sangat kagum dengan kebolehan beliau, walaupun tiada latar belakang musik, tetapi masih boleh menghasilkan musik yang berkualiti dan top-tier, bukan pada album ini sahaja bahkan pada musik-musik lepas juga. Dalam album ini, beliau mampu ... read more
First one is so good, they had to do it twice! Album kedua mereka ini lebih profound berbanding album lepas. Passion yang dicurahkan pada vokal dan instrumen sangatlah mengujakan. Mereka berani untuk menyerlahkan penyampaian musik mereka yang unik, yang akhirnya membuahkan hasil yang sangat bekualiti secara kolektifnya. Sepertimana album lepas mereka dapat mengimbau moment tertentu dalam hidup saya, saya yakin impak album ini dapat beri perkara yang sama
Saya suka production dan instrumentalism yang dibawa dalam album ini, tapi saya tak boleh paksa diri saya untuk suka vibe keseluruhan album ini, terutamanya pada vokal beliau. Ia terasa tenggelam dan underwhelming kebanyakannya. Perlu tingkatkankan lagi diversiti dan passion pada penyampaian dan persembahan untuk album ini menjadi berbaloi untuk dengar berulang kali
Permulaan album ini agak mantap dan cool, instrumental bagus, walaupun riff gitar agak kekurangan spark-nya. Kemudiannya datang fasa kedua album yang amat monotone dan bland. Seperti kreativiti telah habis dicurahkan pada separuh pertama album. Album ini juga tak memberikan kepelbagaian tone tinggi dan rendah untuk memberikan musik untuk dilayan sepanjang album ini.
Album sophomore beliau yang tak terlalu menarik buat saya. Kemerduan dan kesenangan dalam bunyi dan melodi album ini ada, namun agak susah untuk kekal layan album ini hingga ke penghujungnya kerana corak dan bentuk melodi yang agak bland dan biasa. Tak dinafikan album ini kedengaran cantik dan romantik, Tetapi kekurangan faktor replayablity dan kepaduan bunyi masih susah diabaikan
Charlie puth kembali dengan projeknya yang berbunyi lebih dinamik dan luas. Album ini mempersembahkan production yang okay dan vokal yang decent, namun melodi nyanyian dalam album ini bland dan repetitive. Ia membuatkan vibe keseluruhan album ini tak berbaloi untuk dengar kembali. Tiada tekstur dan spark pada struktur lagu-lagu melainkan pada sebilangan kecil lagu-lagu di dalam album ini sahaja.
Salah satu indie artis yang sedang naik sekarang, dan saya agak impressed. Energy yang beliau tunjukkan sangatlah mantap, ditambah dengan production yang clean dan punchy. Setiap lagu beliau akan tunjukkan kemahiran beliau sebagai vokalis dan producer yang sangat berbakat, dan sebagai artis secara umum. Walaupun ada lompong-lompong kekurangan pada beberapa lagu, ia tidak memperlahankan vibe dalam album ini
Kecewa dengan separuh terakhir album ini selepas separuh awal yang sangat memberangsangkan. Album ini dimulakan dengan instrumental yang sangat sweet, production yang elegant dan lembut ditambah melodi vokal yang sedap. Tetapi ia menjadi pudar ketika masuk babak kedua album, kreativiti makin berkurang dan pengurangan daya tarikan.
Selepas setahun lebih announcement, akhirnya album. ke-13 Kanye West berjaya diterbitkan. Saya bukanlah pendengar setia beliau, tapi melalui experience saya mendengar beberapa projek lepas beliau, aspek paling standout beliau ada beats dan production, begitu juga dalam album terbaru ini. Kreativiti beliau masih ada dalam kesenian musik beliau, tapi tidak sebagus projek-projek lepas. Aspek lain musik beliau pada album ini pula kebanyakannya biasa sahaja, dari segi rapping, song struktur dan ... read more
Selepas setahun lebih announcement, akhirnya album. ke-13 Kanye West berjaya diterbitkan. Saya bukanlah pendengar setia beliau, tapi melalui experience saya mendengar beberapa projek lepas beliau, aspek paling standout beliau ada beats dan production, begitu juga dalam album terbaru ini. Kreativiti beliau masih ada dalam kesenian musik beliau, tapi tidak sebagus projek-projek lepas. Aspek lain musik beliau pada album ini pula kebanyakannya biasa sahaja, dari segi rapping, song struktur dan ... read more
Ini ada sebuah projek dari syarikat musik british War Child Records. Projek ini sebagai inisiatif pengumpulan derma bagi sumbangan kepada kanak-kanak yang terkesan dengan perang diseluruh dunia, melalui segala hasil yang diperoleh daripada projek ini. Ini adalah projek kedua selepas 30 tahun projek sumbangan yang pertama 'Help' pada tahun 1995. Kedua-dua projek ini menjemput artis-artis dan band indie bagi era masing-masing. Jika kamu peminat indie music, mesti kamu akan kenal dalam ... read more
Album ini agak susah untuk rate, kena dengar 3-4 kali untuk bagi kata putus. Album ini boleh disifatkan dengan perasaan tidak puas. Penggunaan laid-back vokal di atas synthy production yang sedap tapi saya tetap rasa bosan. yang saya nampak mungkin yang kurangnya chorus yang biasa, progression dalam lagu yang tak developing dan terutamanya kualiti lagu di separuh terakhir album yang lemah. Tapi saya tetap appreciate kualiti production yang lebih melekat di telinga dan electronically strong
The Master of liminal music! rasa sangat kagum dengan keupayaan beliau untuk menghasilkan bunyi yang simple tapi tersangat unik. Sample-sample dalam album sangat kreatif dan catchy. vokal effect yang diselitkan sangat sesuai dan menambahkan lagi perasa album ini. album ini mampu menggambarkan suasana yang gloomy, pada masa sama terasa ia hidup dan tajam. song run dari track kedua hingga ke sebelas memang antara yang terbaik tahun ni
K-Pop famous band, BLACKPINK mempersembahkan EP mereka yang simple dan biasa. Lagu kedua sangat-sangat bagus, tapi yang lain ada beberapa bahagian yang tak kena, dari segi beats dan sinerginya dengan vokal agak awkward dan lain-lain. flow production juga basic dan tidak menarik bagi saya
Overall experience album ini enjoyable, tapi kekurangan unsur groundbreaking dan excitement. Boleh nampak setiap lagu ditumpukan pada production yang mantap dan padat. Saya sangat suka dengan vokal beliau, tapi vokal tinggi yang digunakan agak overuse. Banyak moment yang senang tangkap dan catchy, membuatkan album ini seronok dan bagus.